setelah agak lama mundur dan mengendur.... hari ini ku buka kembali blog ku ini... tak ada open ceremony, tak ada potong reben, tak ada yang berhormat datang merasmikan.
apa susah... aku yang tutup dan aku yang buka... kan sesedap rasa ja? sabar ja la.... aku dah puas sabar sebenarnya... terlalu baik orang pijak kepala, terlalu jahat orang kata kita tak beradab, tak peduli orang kata tuli, beramah tamah orang kata hebat berpura.
aku tak boleh berjanji (mungkir janji tu kan Allah murkai...?) yang aku takkan menutup blog ini lagi. atau suatu masa bila semak dah naik ke kepala aku delete kan saja semua?
entahlah.... aku tak suka berkeluh kesah... kering air di lautan nenek aku kata. tetapi tu ajalah yang aku sebut. tak kering pulak air di laut. air liur aku yang kering adalah. apa-apa ajalah... asal hati aku jangan kering sudah!
macam ni sajalah.... selagi terdaya nak menulis aku akan menulis.... selagi belum ada yang muak aku tetap akan berkuak.
tetapi andai suatu masa saat kalian datang bertandang.... tak ada lagi pintu atau tingkap yang terbukakan atau sahaja taman yang tak pernah indah ini telah terkubur di alam maya... maafkan aku... itupun jika ada musafir yang tersesat sudi melepas lelah di sini. andai tak pernah ada, hanya aku dan aku sahaja yang tau. tak perlulah meminta maaf kepada siapa-siapa.... kecuali mohon maaf kepada diri sendiri. kepada Tuhan. kepada alam. kepada langit. kepada bumi. aku tak pernah jadi manusia yang baik. sentiasa menyakiti. sentiasa melukakan.
Tinggallah KASIH.... Tinggallah sayang....