Selama masih kumiliki sinar kasihmu
tak akan aku kehilangan arah
walau apabila
hilang sinar mataharipun
meredup
Jangan kau ragukan cintaku
ia bagai gurun pasir
yang tak pernah jemu
menjeritkan nama hujan
Kalau kelmarin langkah cinta kita
selamat menjejaki setiap cubaan
cubalah kau kaji mengapa begitu
Bukankah itu kerana aku tetap mengharap
kau sudi menemaniku menempuh dunia ini?
dan,
Dia masih mau kita bersama?
Bukankah kerana kita selalu
saling membantu bebas dari belenggu
kepungan kesepian dan kehampaan?
Bukankah kerana bersatu kita
saling mendorong dan melapangkan
jalan dengan tenaga sukma cinta?
Kekasih....
ada yang perlu kau tahu bahwa
tak ada yang perlu ditunggu
didalam menyikapi cinta dan rindu
Lihat! perbuatanku akan memberitahu
tentang rinduku dan bahagiaku
bila bersamamu
dan kau selalu ada untukku.