Thursday, October 11, 2007

jangan pernah untuk tidak berharap, jika ingin menari di puncak gunung. tak perlu ada kepura-puraan kerana diri adalah beribu anak panah yang melesat menembus tabir ketiadaan.

perjalanan yang berliku ini, jurang, bebatuan dan hutan rimba dan binatang buas merupakan batu asah untuk menajam mata jiwa. berkemahlah di setiap kobaran api, petik panasnya dan jadikan melodi cinta; kenikmatan yang paling terkesan, ketika lawan berikrar menjadi kawan.

datanglah dengan hati embun ke taman siang. tebarkan benih-benih malam, agar keteduhan dan kesejukan menyalar ke hari-hari yang menanti. dari dirilah keharuman dunia berasal.

tak usah mencari sebutir debu di gurun pasir, tapi rasakan hembusan angin yang menerpa muka. baca setiap tanda dari cahaya yang menjelma dan pancangkan denyut nadimu disana.