Thursday, October 18, 2007

Ada yang bertanya,
mengapa air mata mu mengalir,
lantas ku katakan kerana aku menangis

Ada yang bertanya,
mengapa engkau menangis,
lantas ku khabarkan aku berduka

Ada yang bertanya,
mengapa cerita mu duka,
lantas ku beritakan hati ku terusik

Ada yang bertanya,
mengapa hati mu terusik,
lantas ku ceritakan kisah cintaku

Ada yang bertanya,
mengapa kisah cintamu,
lantas ku terdiam.

dan.... maukah kau tau kisahnya....?