Saturday, September 1, 2007

Seharian aku melihat langit yang luas, seharian aku menghitung rindu yang panjang. Seharian aku mencari kasih yang tertinggal, seharian aku menggamit sayang.. sayang sayang ke mana kasih ke mana sayang, ke mana rindu yang sarat bertiup mengelus selalu...

Tak terasa bila dia pergi… Tapi sayu bila dia kembali. Mencari dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tetapi tidak dihargai. Dia datang tanpa seruan. Pergi tanpa alasan. Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana hadirnya adalah anugerah yang tak berkesudahan.