Hanya ingin tahu...
Kerana derita itu amat pahit
sunyi itu amat kelam
rindu itu amat pedih
sayang itu amat sengsara
PENANTIAN itu bagai mengalirnya air sungai tanpa hentinya...
Ya Allah! Milik-Mulah segalanya ini. Ketakutan ini. Rasa kasih ini. Debaran hatiku, milik-Mulah. Milikku hanya kosong. Semuanya kupinjam. Semuanya anugerah. Segalanya ujian. Bila Engkau murka, aku hancur. Bila Engkau cinta, dukaku lebur.