Wahai Zat yang Maha Esa, sendirikanlah kami kerana Engkau, ikhlaskanlah kami dari makhluk dan kami mohon keikhlasan kepadaMu. Biarkanlah dakwaan-dakwaan kami dengan bukti anugerah dan rahmatMu, baikkanlah hati kami dan mudahkanlah urusan-urusan kami.
Jadikanlah kejinakanku kepadaMu dan kegelisahanku terhadap selainMu. Jadikanlah cita-cita kami satu iaitu cita-cita kepadaMu dekat dari Engkau di dunia dan akhirat kami.
"Ikhlas itu inti perkataan, kerana apabila perkataan dan perbuatan kosong dari keikhlasan maka perkataan dan perbuatan itu menjadi kulit tanpa isi. Sedangkan kulit tidak layak kecuali untuk api".