Salam. Sayang. Kemana gerangan sayang. Senyap sunyi alam. Hanya cengkerik menyanyi ria. Sang kodok pun bermuram durja. Namun suara setianya tetap bersama alamnya. Hujan rindu tak pernah berakhir.
Kasih sayang tak berpenghujung. Sayang, sayang jangan biarkan detik luka senyum mengilai lagi, mengikat dan mengheret seluruh hidupmu pergi.
Sayang sungguh sayang , kerana kita tidak punya masa untuk menghimpun duka. Sibukkan hati mengutip ceria sementara ia singgah. Wahai sayang ingatla, bahagiamu sentiasa ada jika sayang mahu memungutnya. Sayang...... sayang salam rindu.