Tuesday, August 28, 2007

Orang Tua Itu

Orang tua itu
sudah amat sangat berusia.
Dalam kebimbangan, dia meneroka.
Dalam himpitan, dia bersuara.
Dalam keletihan, dia mara.

Dia tidak peduli apa kata manusia.
Katanya, berani kerana benar
takut kerana salah.

Dia tidak peduli apa-apa.
Dia punyai secangkir penawar;
buat mereda kebimbangan
buat menyanggah himpitan
buat mengubati kesakitan.

Kerana dia punya usia, terjaga
sejak remaja.
Kerana dia melewati remaja
serba terduga.

Pengalaman mengajar dia.

Dan aku,
haruskah mengikutinya?