"dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang"
assalamualaikum
selamat malam
Sebetulnya aku tak tahu mahu memulakan apa sebagai satu pembukaan. Mahu diceritakan apa, Mahu menceritakan apa. Menulis blog bagi seorang bloger yang baru seperti aku memang sedikit merimaskan…
sewaktu ada yang bertanya mengapa Pujangga Jiwa Lara? Akan adakah yang bertanya agaknya?tafsirku senang,
Pujangga : sekadar satu nama, tetapi aku bukanlah penulis yang hebat.
Jiwa : seorang aku yang mempunyai hati dan perasaan
Lara : seseorang yang selalu memendamkan rasa sedih, pilu dan sinis dalam dirinya.
secara mudahnya aku; seorang lelaki yang selalu pendam apa yang dirasa. Mudah?
Ini dunia aku. Apa yang aku tulis, apa yang aku isikan didalamnya; ini dunia aku yang tidak boleh difikir sinis manusia lain. Aku berhak memikirkan apa pun yang aku rasa betul seperti orang lain yang punya hak untuk mengkritik.
Anggap saja ini tempat aku untuk berkongsi apa yang aku rasa.
Di sini, detik ini, aku akan berkongsi suatu pengembaraan aku bersama sesiapa yang mahu berkongsi perkongsian ini. Aku akan memulakan jalan penceritaan sedikit-sedikit. Aku harap akan tetap ada manusia yang sudi mencintai hasil seni aku.
~PJL~